Selamat Kembali ke Politeknik untuk meneruskan pengajian bagi semua anggota PLAS (TLDM) PSA.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Tahun 2010 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2010 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru.

Jadi sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas (tahun 2010). Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas atau pun tidak?

Percayakah jika dikatakan sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan semata-mata. Hinggakan ada yang segan bila ditanya apakah azam mereka untuk tahun baru nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.

Tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan kita lupa.. mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut.
Sama-sama kita bermuhasabah.

Akhir kata, buat semua anggota PLASTLDM PSA, Selamat Tahun Baru 2011.


Masa lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah goresan.
Hari esok adalah harapan.

Selamat tahun baru 2011.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan.

p/s : penulis akan cuba update blog ni 2x seminggu. Ini azam penulis 2011 untuk PLASTLSM PSA. ^_^