Selamat Kembali ke Politeknik untuk meneruskan pengajian bagi semua anggota PLAS (TLDM) PSA.

Sunday, December 13, 2009

Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke-10

Salam semua,

Alhamdulillah, pada hari jumaat lepas telah selamat berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke 10. Ramai jugak yang dapat menghadirkan diri. Tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis makan malam ini. Berikut adalah sedikit info yg disediakan untuk blog PLAS (TLDM) PSA oleh saudara Mohammad Azlan Bin Abdullah (Intake 9) dan saudari Zulikha Bt. Zulkefli (Intake 10).

Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke-10

Hari : Jumaat
Tarikh : 11 Disember 2009
Tempat : Monterez Golf Club, Shah Alam, Selangor

Bersyukur kita semua kerana pd hari Jumaat yang lepas telah selamat berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke 10 bertempat di Monterez Golf Club. Majlis dimulakan lebih kurang jam 8 malam dengan kehadiran daripada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Encik Nazri b Idris, Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kapten Jamal bin Nuruddin PSSTLDM, Pegawai Koordinasi PLAS TLDM Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Leftenan Rudy Adrie b Idris PSSTLDM bersama isteri dan Leftenan Asmira B. Ashaari PSSTLDM.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dan aluan oleh Pegawai Koordinasi PLAS, Leftenan Asmira b Ashaari PSSTLDM. Seterusnya ucapan daripada Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kapten Jamal bin Nuruddin PSSTLDM dan akhir sekali ucapan daripada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, En Nazri bin Idris.

Selepas sahaja ucapan terakhir daripada En. Nazri, majlis dirasmikan dengan acara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis makan malam dan ulangtahun PLASTLDM PSA ke -10. Majlis juga diserikan dengan persembahan multimedia yakni tayangan kenangan aktiviti PLASTLDM PSA. Majlis makan malam dimulakan dengan doa makan oleh PTM Muhammad Izham Bin Ismail. Sambil makan kami semua telah dihiburkan dengan nyanyian daripada band D'Garden yang diketuai oleh saudara Mohd Rizal. band ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan pernah membuat persembahan dihadapan kerabat2 diraja Pahang dan Perak.

Lebih kurang 50 orang yang menghadirkan diri di majlis makan malam ini. Ia terdiri daripada anggota dan bekas anggota PLASTLDM PSA daripada intake 5, 7, 9 dan 10. Untuk pengetahuan semua juga, kini PLASTLDM PSA telah pun selesai dalam pengambilan intake 11.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada cabutan bertuah, best dressed male dan juga best dressed female serta penyampaian BATC 20 oleh Kapten Jamal b. Nurudin PSSTLDM kepada anggota PLASTLDM PSA yang baru. Acara kemuncak ialah sesi bergambar beramai2 di lobi untuk kenang-kenangan. Gambar pada majlis makan malam ini boleh dilihat di Flickr PLASTLDM PSA.

Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua urusetia dan anggota yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke-10 ini. Insyallah, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.