Selamat Kembali ke Politeknik untuk meneruskan pengajian bagi semua anggota PLAS (TLDM) PSA.

Friday, February 27, 2009

PSSTLDM

PENGENALAN

PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

SEJARAH

Sejarah Angkatan laut kita bermula sejak Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Ketika itu, Kerajaan Melaka telah menghantar armadanya untuk melindungi kapal dagang. Antara Panglima dan pelaut terkemuka pada masa itu ialah Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Tun Perak yang berjaya menangkis serangan tentera laut Siam keatas pelabuhan Melaka. Semangat patriotik ini terus membara sehingga dijelmakan sebagai Straits Settlements Royal Navy Reserve (SSRNVR) iaitu sebuah pasukan simpanan yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer, Reserve (MRNVR). Bagi mempertahankan perairan Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke-2, pihak inggeris telah menubuhkan pasukan Malay Navy dan anggota MRNVR diserapkan ke dalam pasukan tersebut.

Selepas Perang Dunia ke-2, Pasukan Tentera Laut Malaya ditubuhkan. Pada tahun 1952, pasukan ini ditukar namanya menjadi Tentera Laut Diraja Malaya setelah dianugerahkan taraf Diraja oleh Queen Elizaberth II. Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963 dan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM)

PASUKAN PSSTLDM

PSSTLDM distrukturkan semula dalam komponen berikut :
- Simpanan Pilihan (PALAPES/PLAS)
- Simpanan Pakar (Pelabuhan/Perkapalan)
- Simpanan Khusus (Perikanan/Perubatan/Jabatan Laut)
- Simpanan Sukarela Biasa
- Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP TLDM)

KEANGGOTAAN

PSSTLSM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam PSSTLDM pada masa lapang. Anda boleh memilih mana-mana pasukan yang sesuai untuk berkhidmat di dalam PSSTLDM.

KELAYAKAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran MalaysiaPenerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dukendalikan oleh Markas Tentera Laut.

LATIHAN

Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.
Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.
Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.
Latihan Tahunan.Latihan ini dijalankan secara berterusanpada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.
Latihan Anggota Pakar. Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan tahunan selama 15 hari setahun.

KEMUDAHAN

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM?
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
- Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
- Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
- Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
- Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
- Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
- Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
- Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
- Boleh dikerahkan untuk berkhidmatsepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
- Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
- Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
- Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
- Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
- Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma dimana-mana hospital kerajaan jira kemalangan berlaku semasa bertugas.

ELAUN SEMASA LATHAN

Elaun Latihan Tempatan – Dibayar mengikut jam latihan.
Elaun Latihan Berterusan – Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
Elaun Tahunan (Bounti) – Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.

KEPAKARAN DALAM PSSTLDM

Pegawai dibahagikan kepada Cawangan Eksekutif, Cawangan Bekalan dan Cawangan Kejuruteraan manakala LLP dibahagikan kepada;
- Cawangan Pelaut ( PPP dan KMR)
- Cawangan Bekalan ( KNA, KNG dan STN)
- Cawangan Teknikal (TLR, TLS dan TMK )

Maklumat dari web rasmi Royal Malaysian Navy.

No comments:

Post a Comment