Selamat Kembali ke Politeknik untuk meneruskan pengajian bagi semua anggota PLAS (TLDM) PSA.

Friday, February 27, 2009

Samudera Raya

Nyanyilah dengan penuh semangat ~!!!

Semboyan Angkatan Laut kita
di Samudera Raya
menjaga Pantai Ibu Pertiwi
dari Angkara Murka

Dari barat sampai ke timur
itulah Pantai Malaysia
tiap saat berjaga
di tengah Samudera Raya

Perwira dan Satria
Angkatan Laut Diraja

PSSTLDM

PENGENALAN

PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

SEJARAH

Sejarah Angkatan laut kita bermula sejak Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Ketika itu, Kerajaan Melaka telah menghantar armadanya untuk melindungi kapal dagang. Antara Panglima dan pelaut terkemuka pada masa itu ialah Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Tun Perak yang berjaya menangkis serangan tentera laut Siam keatas pelabuhan Melaka. Semangat patriotik ini terus membara sehingga dijelmakan sebagai Straits Settlements Royal Navy Reserve (SSRNVR) iaitu sebuah pasukan simpanan yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer, Reserve (MRNVR). Bagi mempertahankan perairan Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke-2, pihak inggeris telah menubuhkan pasukan Malay Navy dan anggota MRNVR diserapkan ke dalam pasukan tersebut.

Selepas Perang Dunia ke-2, Pasukan Tentera Laut Malaya ditubuhkan. Pada tahun 1952, pasukan ini ditukar namanya menjadi Tentera Laut Diraja Malaya setelah dianugerahkan taraf Diraja oleh Queen Elizaberth II. Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963 dan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM)

PASUKAN PSSTLDM

PSSTLDM distrukturkan semula dalam komponen berikut :
- Simpanan Pilihan (PALAPES/PLAS)
- Simpanan Pakar (Pelabuhan/Perkapalan)
- Simpanan Khusus (Perikanan/Perubatan/Jabatan Laut)
- Simpanan Sukarela Biasa
- Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP TLDM)

KEANGGOTAAN

PSSTLSM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam PSSTLDM pada masa lapang. Anda boleh memilih mana-mana pasukan yang sesuai untuk berkhidmat di dalam PSSTLDM.

KELAYAKAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran MalaysiaPenerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dukendalikan oleh Markas Tentera Laut.

LATIHAN

Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.
Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.
Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.
Latihan Tahunan.Latihan ini dijalankan secara berterusanpada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.
Latihan Anggota Pakar. Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan tahunan selama 15 hari setahun.

KEMUDAHAN

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM?
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
- Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
- Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
- Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
- Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
- Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
- Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
- Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
- Boleh dikerahkan untuk berkhidmatsepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
- Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
- Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
- Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
- Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
- Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma dimana-mana hospital kerajaan jira kemalangan berlaku semasa bertugas.

ELAUN SEMASA LATHAN

Elaun Latihan Tempatan – Dibayar mengikut jam latihan.
Elaun Latihan Berterusan – Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
Elaun Tahunan (Bounti) – Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.

KEPAKARAN DALAM PSSTLDM

Pegawai dibahagikan kepada Cawangan Eksekutif, Cawangan Bekalan dan Cawangan Kejuruteraan manakala LLP dibahagikan kepada;
- Cawangan Pelaut ( PPP dan KMR)
- Cawangan Bekalan ( KNA, KNG dan STN)
- Cawangan Teknikal (TLR, TLS dan TMK )

Maklumat dari web rasmi Royal Malaysian Navy.

Sejarah TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 27 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu Royal Navy mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya.

Apabil Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.

Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay Navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu atau lebih tepat lagi di bawah panji-panji Royal British Navy. Malay Navy berkhidmat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

HMS MALAYA Woodlands, Singapura

Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan dikenali sebagai Malayan Naval Forces (MNF). Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan MNF yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands, Singapura.

Misi utama MNF ialah pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain. MNF juga dibekalkan dengan sebuah Frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada bulan 29 Ogos 1952, Her Royal Honesty Queen Elizabeth (Ratu Elizabeth 2) telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang.Pada 5hb Ogos 1955 Ketua Menteri Singapura, David Marshall telah melawat Pangkalan Woodlands. Beliau marasa kagum dengan perkembangan pesat di pangkalan itu. Dalam tahun itu juga beberapa buah kapal Royal Malayan Navy telah menyertai beberapa siri latihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain. Tugas-tugas yang dilakukan oleh Royal Malayan Navy di tahun lima puluhan tertumpu kepada mengawal keselamatan perairan Tanah Melayu dan juga Singapura. Kapal-kapal Royal Malayan Navy sentiasa meronda di sekitar kawasan perairan pantai bagi menghalang kegiatan penyeludupan senjata api kepada pengganas komunis. Dalam masa darurat tumpuan rondaan ialah di perairan Pengerang Batu Pahat, di mana kegiatan pengganas komunis dipercayai berleluasa. Sementara itu HMMS PELANDOK banyak membantu dalam rondaan di sekitar kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan juga memberi bantuan kepada anggota-anggota polis dengan membuat tembakan dari laut.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, perkara utama yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpinnya ialah mengenai keselamatan negara. Peristiwa Tanah Melayu dijajah Jepun pada tahun 1941 telah menjadi pengajaran supaya ia tidak berulang setelah negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu menamatkan penjajahan British dan sekaligus kuasa mutlak berpindah sepenuhnya kepada pemimpin negara. Ini termasuklah juga dalam hal ehwal keselamatan yang masih lagi dirunding bagi menentukan penempatan pasukan tentera di Tanah Melayu.

Royal Malayan Navy akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan Roayal Malayan Navy memikul tanggung jawab untuk mempertahankan perairan Persekutuan. Royal Malayan Navy memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMS Malaya Woodland, Singapura dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal patrol.

Gambar 1.1 : Jeti Tentera Laut Diraja Malaya di Woodlands, Singapura

Gambar 1.2 : Pangkalan TLDM Woodland, Singapura

Sekali lagi pada 16 Sep 1963, pasukan ini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan agronim ‘HMMS’ (Her Majesty’s Malayan Ship) telah ditukar ke ‘KD’ bermaksud Kapal Diraja. Apabila TLDM diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia pada 1 Jul 1958, ia mula berkembang dengan penuh pesat dan cemerlang. Sewaktu pemerintahan Panglima Tentera Laut yang Pertama, salah satu usaha beliau yang boleh dijadikan sejarah ialah perancangan untuk memindahkan Pangkalan TLDM Woodlands ke Lumut. Usaha beliau telah menjadi realiti dan rancangan ini telah mula direalisasikan pada tahun 1979. Walaupun tapuk pemerintahan Tentera Laut bertukar ganti, wawasan yang sedia ada tetap dilaksanakan dengan jayanya oleh Panglima-Panglima seterusnya.

Gambar 1.3 : Commodore Thanabalasingam menjemput ketibaan Tunku Abd Rahman di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura pada tahun 1970.

Namun demikian, Pangkalan TLDM Woodlands masih lagi beroperasi sebagai pangkalan bantuan logistik kepada kapal-kapal yang beroperasi di bahagian selatan semenanjung. Pangkalan ini dinamakan ‘BEREK TLDM WOODLANDS’ dan diletakkan bawah organisasi pemerintahan Markas Wilayah Laut 1.

Gambar 1.4 : Ensign Berkibar di Pangkalan TLDM Woodlands,Singapura

Manakala Pusat Latihan Rekrut terus dilaksanakan di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut. Dengan bertambahnya pelatih yang mengikuti kursus-kursus kerjaya termasuk pendekatan yang diambil oleh TLDM untuk mengasingkan pelatih-pelatih muda ini, sekali lagi Pusat Latihan Rekrut telah berpindah ke Berek TLDM Woodlands di Singapura dalam tahun 1984, iaitu selepas perpindahan KD MALAYA ke Lumut. Pusat Latihan Rekrut berada di bawah organisasi KD PELANDOK sementara Berek TLDM Woodlands yang bertindak sebagai unit Bantuan masih di bawah pemerintahan MAWILLA 1. Pada tahun 1996, Pusat Latihan Rekrut telah dikenali dengan nama Fakulti Rekrut (FAREK). Ini adalah sinambungan dari perubahan yang dibuat oleh KD PELANDOK.

Pada pertengahan tahun 1994, berita paling hangat tersebar ke serata tempat. Pangkalan TLDM Woodlands akan diserahkan kepada Kerajaan Singapura. Akhirnya, berita tersebut menjadi realiti apabila Tg Pengelih yang terletak lebih kurang 129 km dari Bandar Johor Baharu telah terpilih untuk dijadikan pusat latihan yang baru dengan singkatan PULAREK TLDM. Seterusnya, penyerahan Berek TLDM Woodlands kepada Kerajaan Singapura telah dilaksanakan pada 3 Dis 1997.

-------------------------------------------
~KRONOLOGI~


27 April 1934
Pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada bertempat di Singapura.

24 Disember 1948
Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu.

Tahun 1947
Malay Navy dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

4 Mac 1949
Perasmian dan penubuhan Malayan Naval Forces (MNF) yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands, Singapura.

29 Ogos 1952
Her Royal Honesty Queen Elizabeth (Ratu Elizabeth 2) telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang.

1 Jul 1958
Penyerahan sepenuhnya TLDM kepada kerajaan Malaysia.

16 Sep 1963
Pasukan ini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan agronim ‘HMMS’ (Her Majesty’s Malayan Ship) telah ditukar ke ‘KD’ bermaksud Kapal Diraja.

Tahun 1984
Pusat Latihan Rekrut telah berpindah ke Berek TLDM Woodlands di Singapura.

Tahun 1996
Pusat Latihan Rekrut telah dikenali dengan nama Fakulti Rekrut (FAREK).

3 Dis 1997
Penyerahan Berek TLDM Woodlands kepada Kerajaan Singapura.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Laut_Diraja_Malaysia