Selamat Kembali ke Politeknik untuk meneruskan pengajian bagi semua anggota PLAS (TLDM) PSA.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Tahun 2010 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2010 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru.

Jadi sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas (tahun 2010). Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas atau pun tidak?

Percayakah jika dikatakan sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan semata-mata. Hinggakan ada yang segan bila ditanya apakah azam mereka untuk tahun baru nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.

Tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan kita lupa.. mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut.
Sama-sama kita bermuhasabah.

Akhir kata, buat semua anggota PLASTLDM PSA, Selamat Tahun Baru 2011.


Masa lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah goresan.
Hari esok adalah harapan.

Selamat tahun baru 2011.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan.

p/s : penulis akan cuba update blog ni 2x seminggu. Ini azam penulis 2011 untuk PLASTLSM PSA. ^_^

Wednesday, April 7, 2010

Peace dari PLASPSA

Salam semua.. Wah, sudah masuk bulan April 2010 sekarang ni.. Last thread cerita tentang Makan Malam dan Ulangtahun PLAS PSA ke - 10. Minta maaf kepada semua kerana lama tidak mengemaskini blog ini. Banyak makluman dan info yang tertinggal akibat daripada kemalasan penulis sendiri. Ampun kan penulis ye...

Insyallah, selepas ini penulis akan sentiasa mengemaskini blog ini untuk anda semua khususnya pada warga PLAS TLDM PSA sendiri.

:: gambar ini ihsan dari incik google ::

Monday, April 5, 2010

Web Social Network @ PLAS PSA

Salam semua,

Ada apa2 yang menarik untuk dikongsi bersama? hehehe.. Penulis perasan sekarang ini terlalu banyak web2 social network telah dibangunkan.Antara yang kita semua tahu ialah Facebook, Myspace, Friendster dan banyak lagi diluar sana. Apakah fungsi sebenar website2 ini untuk kita semua. Sudah semestinya ia adalah sebagai medium atau rangkaian dalam perhubungan dialam maya. Secara amnya, ia adalah jaringan sosial adalah sebuah struktur sosial yang dibuat oleh para individu atau organisasi yang saling terhubung antara satu dengan lainnya.

Hubungan ini terbentuk atas dasar pertemanan, kesamaan hobi, pengetahuan, cinta dan lain sebagainya. Social network dapat kita jumpai di tempat kerja, universiti, dan sekolah tinggi, namun yang paling popular adalah di dunia online. Ini kerana internet diisi oleh jutaan individu yang dapat saling bertemu sesama pengguna internet untuk membawa dan memberi informasi berbagai macam topik dari politik, humor, gosip hingga ilmu pengetahuan.

Apa yang penulis ingin war-warkan disini ialah bagi PLASTLDM PSA sendiri telah ada beberapa 'group' yang telah dibina di dalam web-web social network ini. Antara webnya ialah :



:: Group PLAS di Friendster ::


:: Group PLAS di Facebook ::


Berbangga dan juga sekalung tahniah diucapkan pada mereka yang sentiasa membawa dan memperkenalkan nama PLAS (TLDM) PSA ke masyarakat luar. Ia juga adalah sebagai medium dalam menyebarkan info dan maklumat untuk semua. Semoga dengan usaha yang dilakukan ini, diharap semua akan mendapat keberkatan dari-Nya.

Sunday, December 13, 2009

Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke-10

Salam semua,

Alhamdulillah, pada hari jumaat lepas telah selamat berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke 10. Ramai jugak yang dapat menghadirkan diri. Tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis makan malam ini. Berikut adalah sedikit info yg disediakan untuk blog PLAS (TLDM) PSA oleh saudara Mohammad Azlan Bin Abdullah (Intake 9) dan saudari Zulikha Bt. Zulkefli (Intake 10).

Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke-10

Hari : Jumaat
Tarikh : 11 Disember 2009
Tempat : Monterez Golf Club, Shah Alam, Selangor

Bersyukur kita semua kerana pd hari Jumaat yang lepas telah selamat berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke 10 bertempat di Monterez Golf Club. Majlis dimulakan lebih kurang jam 8 malam dengan kehadiran daripada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Encik Nazri b Idris, Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kapten Jamal bin Nuruddin PSSTLDM, Pegawai Koordinasi PLAS TLDM Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Leftenan Rudy Adrie b Idris PSSTLDM bersama isteri dan Leftenan Asmira B. Ashaari PSSTLDM.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dan aluan oleh Pegawai Koordinasi PLAS, Leftenan Asmira b Ashaari PSSTLDM. Seterusnya ucapan daripada Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kapten Jamal bin Nuruddin PSSTLDM dan akhir sekali ucapan daripada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, En Nazri bin Idris.

Selepas sahaja ucapan terakhir daripada En. Nazri, majlis dirasmikan dengan acara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis makan malam dan ulangtahun PLASTLDM PSA ke -10. Majlis juga diserikan dengan persembahan multimedia yakni tayangan kenangan aktiviti PLASTLDM PSA. Majlis makan malam dimulakan dengan doa makan oleh PTM Muhammad Izham Bin Ismail. Sambil makan kami semua telah dihiburkan dengan nyanyian daripada band D'Garden yang diketuai oleh saudara Mohd Rizal. band ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan pernah membuat persembahan dihadapan kerabat2 diraja Pahang dan Perak.

Lebih kurang 50 orang yang menghadirkan diri di majlis makan malam ini. Ia terdiri daripada anggota dan bekas anggota PLASTLDM PSA daripada intake 5, 7, 9 dan 10. Untuk pengetahuan semua juga, kini PLASTLDM PSA telah pun selesai dalam pengambilan intake 11.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada cabutan bertuah, best dressed male dan juga best dressed female serta penyampaian BATC 20 oleh Kapten Jamal b. Nurudin PSSTLDM kepada anggota PLASTLDM PSA yang baru. Acara kemuncak ialah sesi bergambar beramai2 di lobi untuk kenang-kenangan. Gambar pada majlis makan malam ini boleh dilihat di Flickr PLASTLDM PSA.

Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua urusetia dan anggota yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Makan Malam dan Ulangtahun PLAS TLDM ke-10 ini. Insyallah, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.

Monday, October 19, 2009

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 205/2009

Salam semua,

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka dan memberi peluang kepada anda semua untuk menjadi sebahagian daripada keluarga TLDM. Sekiranya berminat anda semua bolehlah menghadiri di pusat-pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan.

Antara yang diperlukan ialah :

1) Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai jam 0830 pagi hingga 0900 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju 'T' berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.

2) Semua calon dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran passport (gambar tidak akan dikembalikan) dan sampul surat bersetem RM1 berukuran 16cm x 23cm beralamat sendiri.

Maklumat lanjut, anda boleh layari Royal Malaysian Navy.

(info drpd laman web RMN)