Selamat Kembali ke Politeknik untuk meneruskan pengajian bagi semua anggota PLAS (TLDM) PSA.

Monday, December 29, 2008

Salam Awal Muharram 1430H

Buat semua pembaca,
Selamat Menyambut Awal Muharram (Maal Hijrah). 1430H

Semoga tahun baru ini membawa cahaya yang lebih bersinar untuk umat Islam dan Islam itu sendiri khususnya.

Salam Pengenalan & Salam Ukhwah

Salam buat pembaca - pembaca blog PLASTLDM PSA atau dengan nama rasminya, Pasukan Latihan Anggota Simpanan TLDM Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Penulisan blog ini adalah rentetan daripada laman web PLASTLDM Politeknik - Politeknik Malaysia yang menggunakan geocities sebagai tapak utama. Tetapi setelah agak lama laman web tersebut tidak dikemaskinikan, maka terbitnya blog ini. Semoga dengan adanya blog ini akan memudahkan semua pembaca dan anggota PLAS PSA khusunya mendapat info tentang segala aktiviti yang berlaku dalam PLASTLDM PSA ini.

MuatTurun


~ SERVER MENGALAMI GANGGUAN ~ Harap Maklum ~

AKTIVITI SEPANJANG 2009

Aktiviti Yang Telah Dilaksana Oleh PLASTLDM PSA 2009


Bulan Tarikh Hari Tempat Info
Jan - Tiada Log -
Feb - Tiada Log -
Mac 110309 Rabu PSA Acara Pemakaian Pangkat Leftenan kepada Tn. Asmira.
Jab. Mekanikal PSA Perjumpaan PLASPSA
140309 Sabtu KD Sri Klang Perbarisan Pegawai Memerintah ( CO Prade)
150309 Ahad Kem Sg Besi Latihan Menembak Rifel


Carta Organisasi


~ SEDANG DIKEMASKINI ~ Harap Maklum ~

SEJARAH PLASPSA

PENGENALAN

PLASTLDM adalah singkatan untuk PASUKAN LATIHAN ANGGOTA SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA. Ia telah ditubuhkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (dulu dikenali sebagai Politeknik Shah Alam) sejak Mei 1999 (intake 1). Ia adalah sebahagian daripada Pasukan Simpanan Sukarela (PSS) yang ditubuhkan melalui KD SRI KLANG (KDSK).

Apa yang membanggakan ialah ianya merupakan yang pertama dalam sejarah penubuhan PLAS di politeknik di seluruh Malaysia.

Pengambilan dilakukan setahun sekali dan pengambilan adalah 40 pada satu-satu masa. Setiap orang yang ingin menyertai pasukan ini mestilah melalui beberapa prosedur. Antaranya ialah menjalani latihan fizikal (fitness)/ uji cergas (UC), pemeriksaan kesihatan (medical check up) dan temuduga (interview). Iklan dan promosi pengambilan akan dilakukan di setiap jabatan di Politeknik Shah Alam dan juga laman web ini (plaspsa.cjb.net). Sehingga kini jumlah PLASTLDM PSA sudah melebihi dari 70 orang. Ianya adalah jumlah ahli dari pengambilan ketiga (intake 3) dan keempat (intake 4).

Apa yang diharapkan oleh pegawai latihan adalah komitmen para ahli pasukan untuk menjayakan dan menyertai segala aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, diharap pasukan ini bersatu dalam melakukan sebarang aktiviti tanpa mengira pangkat dan umur.

SEJARAH PLAS PSA

PLASTLDM PSA telah ditubuhkan sejak bulan Mei tahun 1999 lagi. Pada masa itu pengambilan pertama dilakukan seramai 40 orang. Kini, pengambilan sudah mencapai sehingga pengambilan yang kelima. Memandangkan PLAS ialah satu unit yang baru dan ianya adalah sebahagian daripada PSS, maka Politeknik hanya memegang pangkat “Lain-lain Pangkat” (LLP).

Terdapat 2 lagi Politeknik yang telah menubuhkan PLASTLDM selepas PSA iaitu Politeknik Johor Bahru dan Politeknik Kuching. Politeknik Johor Bahru telah menubuhkan PLAS pada tahun 2001, diikuti Politeknik Kuching pada tahun 2002. Selain itu IKM juga akan menubuhkan PLAS.

Kemasukan pada setiap pengambilan adalah 40 orang yang layak selepas menjalani beberapa prosedur pengambilan. Di Politeknik Shah Alam, pengambilan adalah terdiri daripada pelajar diploma. Ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan untuk menamatkan Latihan mengambil masa lebih kurang 3 tahun.